MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan
AKTIVITI : Membentuk Kereta
TAJUK : Kereta Idaman
MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi
BILANGAN MURID : 34/35
KEMAHIRAN FOKUS : Mereka cipta sebuah kereta idaman
OBJEKTIF MODUL : Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk
menghasilkan sebuah model kereta idaman
OBJEKTIF PPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran murid dapat:
Membentuk dan membina sebuah model kereta dengan menggunakan bahan-bahan buangan
Menghias model kereta dengan menggunakan pelbagai bahan buangan
Menhasilkan sebuah model kereta secara kreatif dan inovatif (pelbagai rupa dan bentuk)
KEPERLUAN
Alat - gunting
Bahan- bahan buangan(straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman, gam, tape
Rujukan:
Kad gambar
Objek maujud model-model kereta mainan
Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Maklumat Internet
PROSEDUR
Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab
Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta dari bahan buangan
Apresiasi dan Kritikan
KBKK : Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan
PENERAPAN NILAI : Ketekunan dan Ketelitian
BUTIRAN KEGIATAN | HASIL PEMBELAJARAN | STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN |
Aktiviti 1 (5 minit) Guru mengedarkan kad gambar berkaitan dengan kenderaan pada masa dahulu Guru mengendalikan sesi soal jawab Apakah gambar yang terdapat pada kad yang kamu pegang Apakah pandangan anda tentang gambar tersebut Aktiviti 2 (20 minit) Meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan Guru menunjukkan cara membuat model kereta | Murid memerhati dan membuat analisa tentang gambar Murid memberikan pandangan mereka tentang gambar berkenaan Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan model kereta Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsure ruang, bentuk dan warna penting dalam membuat model kereta | Teori Kajian Masa Depan Menjangka Fungsi produk Teori Kecerdasan Pelagai Verbal Linguistik KBKK (Kreatif) Mereka cipta Mensintesis Penerokaan Membanding beza Menilai – akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan KBKK (Kreatif) Menjana idea Mereka cipta Menghubung kaitan |
Aktivit 3 (25 minit) Guru membimbing murid semasa menghasilkan model kereta Memotong bentuk yang diinginkan Menebuk tayar kereta Mencantum bahan kereta Menampal kertas warna Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit) Sesi Apresiasi Mempamerkan hasik kerja Perlumbaan kereta Membuat refleksi bagaimana penghasilkan model kereta dilakukan | Murid membuat model kereta dengan Memotong Menebuk Mencantum Menampal Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat Murid dapat menilai keupaaan diri sendiri | KBKK (Kreatif) Mereka cipta inovatif Nilai KBKK – Kritis Membanding beza Menganalisis Teori Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik |
Refleksi Guru:
Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menghasilkan sebuah model kereta. Pelbagai model kereta telah dapat dihasilkan. Pelajar telah berjaya membuat penerokaan bahan. Objekif tercapai dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment